Selamat Datang ke aidamcoklat.....

Saturday 16 July 2011

Terima kasih

Kepada pelanggan yang telah mendapatkan coklat aidam...
terima kasih kepada peminat-peminat kecil yang sukakan coklat MARSHMALLOW daripada aidamcoklat...

BagI yANg TelaH mENEMPAh kURMA cOKLAt, cOKLAt TersebuT AkaN dIBERi KepadA aNDa SebeluM tIBANYa RamadhaN....

terima kasih daun keladi,
nanti boleh order lagi...

Monday 11 July 2011

Strawberry Coklat

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 10 biji strawberry
  • 100 gram coklat
  • Sedikit coklat putih sebagai hiasan

 

 

 

Cara-cara

  1. Bersihkan strawberry dan lap kering... Hiris halus coklat, dan masak secara double boiler dengan api perlahan.
  2. Masukkan coklat cair ke dlm mangkuk dan biarkan ia sejuk..kemudian celupkan strawberry.
  3. Balut pinggan dengan cling wrap dan letakkan strawberry tadi.(utk memudahkan strawberry dikeluarkan ) Dinginkan dlm peti ais...
  4. Masakkan pula coklat putih dan masukkan ke dlm piping beg..pipe kan ke atas strawberry tadi..
  5. Untuk Hiasan terpulanglah.. nak letak kekcacang pun @ chocolate rice.. janji sedap...
  6. Dinginkan semula dan sedia untuk dihidangkan..
  7. Cuba lah celupkan pada buah anggur.. pasti anda teruja dengan rasanya..

Lempeng Coklat kelapa


Bahan-bahan :
1. Tepung Gandum  - 100g
2. Susu UHT - 250ml
3. Mentega Cair - 20g
4. Gula Kastor - 50g
5. Garam -secukup rasa
6. Serbuk Koko - 1 susu kecil
7. Kelapa muda parut - 2 sudu besar
8. Madu - 2 sudu besar
9. Lemak Koko - 1 sudu besar


Cara membuatnya :
1. Campurkan tepung, gula kastor, telur dan garam
2. Masukkan serbuk koko dan kelapa muda parut
3. Perlahan-lahan masukkan susu dan mentega cair dan biarkan rehat seketika
4. Dalam kuali tak melekat, panaskan lemak koko dan tuangkan adunan lempeng
5. Angkat dan hidangkan bersama madu




Tuesday 28 June 2011

PROMOSI PRODUK AIDAMCOKLAT

Assalamualaikum dan Sejahtera kepada semua pengunjung aidamcoklat......

Di sini aidamcoklat ada membuat promosi untuk bulan Julai ini..

PROMOSI BULAN INI !!!!

RM10.00 SAHAJA

(Sah sehingga 15 julai 2011)
COKLAT AIDAM

:) Terdiri daripada 3 jenis coklat iaitu :
@ 4 biji - Crispy-cornflakes
@ 4 biji - Truffel disalut ground nut
@ 8 biji coklat pralin berintikan badam dan kismis
(terdapat perisa vanila & mint)

Dapatkan sekarang...
emailkan ke aidamcoklat@gmail.com
atau
Hubungi Kak moon...

*kOS pENGHATARAN dITANGGUNG oLEH pELANGAN

Saturday 28 May 2011

Puding Coklat




Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko @ coklat
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung @ tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yg disukai.
petua : kalau nak senang keluarkan,  basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..
insyaAllah senang nak keluarkan

Friday 27 May 2011

Marshmallow

Marshmallow adalah makanan ringan mempunyai tekstur seperti buih yang lembut dalam pelbagai bentuk, aroma dan warna. Marshmallow akan cair di dalam mulut kerana merupakan hasil dari campuran gula atau sirap jagung, putih telur, gelatin, gam arab, dan bahan perasa yang dikacau hingga kembang.

Resepi tradisional marshmallow tidak menggunakan gelatin, melainkan sari
akar tanaman semak marshmallow (Althea officinalis), sehingga makanan ini disebut marshmallow. Setelah Alex Doumak mempatenkan proses penghasilan pada tahun 1948, marshmallow mula dibuat di kilang dengan mesin. Hasilnya berupa marshmallow berbentuk silinder yang dipotong-potong dan digulingkan dalam campuran tepung jagung dan gula halus.

Marshmallow disukai kanak-kanak mahupun orang dewasa yang boleh dimakan begitu sahaja, dimasukkan ke dalam minuman (
coklat susu, café mocha), dibuat kuih dan gula-gula (biskut Mallomars, Peeps), atau sebagai penghias hidangan.

Marshmallow merupakan makanan ringan yang sering dimakan setelah dipanggang di atas
api unggun. Apabila dipanggang di atas api, bahagian luar marshmallow mengalami pengkaramelan sedangkan bahagian dalam sedikit mencair. Tempoh pemanggangan bergantung kepada selera, dari sedikit berubah warna hingga marshmallow menyala dan sedikit hangus. Jadi, nak tahu sedap atau tidak marshmallow ne.. ha.. cuba lah.. celup dalam coklat... dan salutkan pulak dengan badam atau kekacang yang lain... pastiiii...sedap.

FAKTA & MITOS : )

Mengapa ramai orang suka memakan coklat dan “candies’ yang lain? Sudah tentunya mereka sukakan rasanya. Terdapat banyak jenis dan perisa dalam pasaran sekarang.

‘Candies’ dalam bentuk bar yang enak dan mempunyai pelbagai ciri dan corak yang menarik serta perisa, coklat di dalam kotak dengan harga dan inti yang berlainan dan blok coklat, susu, separuh manis atau tidak manis.
Penyelidikan yang telah dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalori yang dianggap normal untuk semua penduduk. Coklat dan koko memang menjadi kesukaan ramai orang di dunia ini. Mari kita lihat sejauh mana kebenaran fakta ini.

MITOS : Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat
FAKTA : Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalsium-9%; Protein-6%; Zat Besi-3%; Vitamin A-2.4%; Thiamine-2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat

MITOS : Coklat adalah sumber utama ‘dietry sugar’ untuk kanak-kanak
FAKTA: Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MYTH daripada 3% daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.

MITOS: Coklat mengandungi sodium yang tinggi
FAKTA: Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5mg sodium; satu bar coklat susu-40mg. cuba bandingkan dengan: 1 cawan susu-122mg; 1 keping roti gandum-132mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.

MITOS: Coklat menyebabkan kerosakan gigi
FAKTA: Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu, coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

MITOS: Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak teransang dan menyebabkan mereka terlalu aktif
FAKTA: 1 auns coklat adalah 5mg. satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 mg dan bagi the pula ia bergantung pada nerapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 mg kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 mg bagi satu tin seberat 12 auns. Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50-1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.


MITOS: Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak
FAKTA: Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein


Sumber : Berita Harian
 Artikel ini dimasukkan pada 13 April 2011
Template Design by Free template