Selamat Datang ke aidamcoklat.....

Friday, 27 May 2011

FAKTA & MITOS : )

Mengapa ramai orang suka memakan coklat dan “candies’ yang lain? Sudah tentunya mereka sukakan rasanya. Terdapat banyak jenis dan perisa dalam pasaran sekarang.

‘Candies’ dalam bentuk bar yang enak dan mempunyai pelbagai ciri dan corak yang menarik serta perisa, coklat di dalam kotak dengan harga dan inti yang berlainan dan blok coklat, susu, separuh manis atau tidak manis.
Penyelidikan yang telah dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalori yang dianggap normal untuk semua penduduk. Coklat dan koko memang menjadi kesukaan ramai orang di dunia ini. Mari kita lihat sejauh mana kebenaran fakta ini.

MITOS : Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat
FAKTA : Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalsium-9%; Protein-6%; Zat Besi-3%; Vitamin A-2.4%; Thiamine-2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat

MITOS : Coklat adalah sumber utama ‘dietry sugar’ untuk kanak-kanak
FAKTA: Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MYTH daripada 3% daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.

MITOS: Coklat mengandungi sodium yang tinggi
FAKTA: Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5mg sodium; satu bar coklat susu-40mg. cuba bandingkan dengan: 1 cawan susu-122mg; 1 keping roti gandum-132mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.

MITOS: Coklat menyebabkan kerosakan gigi
FAKTA: Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu, coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

MITOS: Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak teransang dan menyebabkan mereka terlalu aktif
FAKTA: 1 auns coklat adalah 5mg. satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 mg dan bagi the pula ia bergantung pada nerapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 mg kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 mg bagi satu tin seberat 12 auns. Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50-1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.


MITOS: Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak
FAKTA: Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein


Sumber : Berita Harian
 Artikel ini dimasukkan pada 13 April 2011

No comments:

Post a Comment

Template Design by Free template