Selamat Datang ke aidamcoklat.....

Friday, 20 May 2011

perkembangan koko


Sejarah perkembangan koko di luar amerika selatan bermula dengan kedatangan pengambara pengembara Eropah seperti Christopher Columbus. Eropah yang pertama menemui koko dan membawanya balik ke Eropah.sungguhpun demikian perkembangan koko di eropah hanya bermula apabila Hernando Cortez seorang pengembara sepanyol mendarat di mexico pada tahun 1519.


Kedatangan Cortez telah disambut baik oleh orang-orang Aztec.Cortez yang berkulit cerah dan bermisai itu dianggap kaum Aztec sebagai Quetzalcoatl,jelmaan tuhan mereka. 

Cortez dibawa mengadap Maharaja Aztec bernama Montezuma dan dihidangkan dengan minuman chocolatl, minuman istimewa maharaja   itu. Cortez kagum dengan status yang diberikan oleh kaum Aztec terhadap koko lalu membawanya balik bersama-samanya ke Sepanyol pada tahun 1528.
Pada peringkat awal, koko hanya dinikmati oleh orang-orang Sepanyol menyimpan rahsia kegunaan koko daripada diketuhui oleh negara-negara Eropah yang lain selama 100 tahun.
Bagaimanapun, perkahwinan puteri Raja Sepanyol, Puteri Anne dengan Raja Perancis , Louis XIII, pada tahun 1615 telah menyebabkan koko tersebar kepada negara-negara Eropah yang lain.

Puteri Anne telah membawa bersame-samanya rahsia membuat minuman daripada koko. Selapas itu koko terus berkembang ke benua-benua lain, antaranya melalui kegiatan penjajahan serta perdagangan yang dijalankan oleh orang-orang Eropah seperti Inggeris, Sepanyol dan Perancis.

Dengan terciptanya mesin-mesin pengisar dan pembuat coklat serta penemuan cara-cara pembuatan coklat yang baru, coklat juga turut berkembang di seluruh Eropah hingga ke Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment

Template Design by Free template